Lawatan ke Dominos

5 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Telok Rimba bersama Perpustakaan Desa Telok Rimba dan Tabika Kemas Telok Rimba telah mengadakan lawatan sambil belajar bersama pelajar-pelajar Tabika Kemas Telok Rimba ke Dominos Tangkak. Lawatan ini akan memberikan pengetahuan kepada peserta mengenai pengurusan di Dominos Tangkak dan cara-cara Dominos menghasilkan Produk mereka seperti pizza. Peserta akan diberi tunjuk ajar oleh pengurus Dominos Tangkak dan akan diberi peralatan untuk melindungi kebersihan dari kekotoran. Mereka juga akan diajar cara-cara untuk melindungi kebersihan sebelum memasuki dapur.

Pengurus Dominos seterusnya akan mengajar mereka cara-cara menghasilkan produk dominos seperti pizza dan roti. Peserta juga akan diberi pengalaman untuk menghasilkan sendiri pizza mereka sendiri. Lawatan diakhiri dengan jamuan ringkas dengan produk yang dihasilkan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali